Wednesday, 21 May 2014

10 gambar bahan kitar semula

"Handphone Holder" 

bahan-bahan:
~botol mineral
~sudu plastik
~gam
~gunting
~kain perca

Monday, 19 May 2014

Isu Pakaian Jururawat Muslimah



Pakaian Jururawat di Malaysia


Bismillahirrahmanirrahim.....................

Isu pakaian jururawat di negara kita bukanlah sesuatu yang baru. Namun perkara ni tetap tiada jalan penyelesaiannya. Bukanlah mahu menyalahkan sesetengah pihak, tetapi perkara ini boleh dibawa berbincang dengan cara yang baik jika semua pihak memang mahukan perubahan.Mahukan pakaian yang mematuhi syariat Islam. Sedih bila kita melihat cara berpakaian kaum wanita di Malaysia ni. Sebagai negara Islam kenapa kita perlu mengikut cara barat? Bukan sahaja pakaian jururawat, malah boleh dikatakan hampir semua unit beruniform meletakkan syarat cara berpakaian seragam mestilah memasukkan tudung ke dalam baju, ada sesetengah berlengan pendek, baju singkat serta baju mengikut bentuk badan. Kenapa mesti Malaysia? Sedangkan negara Islam lain boleh menutup aurat dengan sempurna. Saudi Arabia contohnya... Kebanyakan polis dan jururawat di sana dibenarkan menutup aurat dengan sempurna. 

Pakaian Polis Muslimah di Saudi Arabia
Pakaian Jururawat Muslimah yang menutup aurat


     Persoalannya adalah mengapakah di sana boleh bertutup lingkup?? Mengapa di sana boleh berpurdah?? Tetapi di sini banyak sangat alasan yang diberikan.. banyak sangat prosedur yang perlu diikuti.. Matlamat tidak menghalalkan cara OK.. Allahuakbar...


Yang menjadi hairan lagi adalah mengapa isu berlengan pendek yang kononnya menjadi salah satu punca jangkitan kuman ini tidak selaras di seluruh negara? Mengapa ada sesetengah hospital boleh berlengan panjang atau dibenarkan memakai stokin tangan, dan kenapa masih ada hospital yang berlengan pendek? Di manakah isu jangkitan kuman pada hospital yang membenarkan pakaian berlengan panjang? 

Sebenarnya bagi saya benda ini langsung tidak menjadi masalah selagi jururawat tersebut pandai menjaga kebersihan diri. Mungkin sesetengah prosedur memerlukan tahap steril yang tinggi, contohnya untuk melakukan dressing atau cucian luka serta prosedur yang boleh membawa jangkitan kuman kepada pesakit, alasan ini boleh diterima dan keadaan mengharuskan kita membuka lengan hingga ke siku. Tetapi selepas prosedur selesai, jika memakai lengan panjang, sekurang-kurangnya kami boleh menutup semula aurat yang terdedah jika dibandingkan jika memakai lengan pendek yang memang akan terbuka untuk menambahkan dosa.

  Ada juga saya membaca satu artikel mengenai kebenaran kepada jururawat yang bekerja di bilik bedah untuk menutup aurat dengan sempurna. Dan apa yang terharunya perkara ini berlaku di salah satu hospital di United State (US). Ya,, negara bukan Islam pon boleh mengkaji tentang perkara ini, tetapi kenapa bukan negara Islam. Menurut kajian mereka, tahap jangkitan kuman yang disebabkan oleh jururawat yang berlengan panjang cumalah sedikit dan belum pernah wujud kes-kes kematian di dewan bedah disebabkan oleh pakaian doktor mahupun jururawat. Sebab itulah mereka membenarkan jururawat Islam di sana menutup aurat dengan sempurna. 

Pada pendapat saya, isu jangkitan kuman ini tidak boleh dijadikan alasan utama sebagai syarat untuk membuka aurat. Sebagai seorang muslim, di manakah hak kita kepada ALLAH?? Nak jaga pesakit supaya sembuh kononnya tetapi mengabaikan suruhan ALLAH. Pernah tak kita terfikir yang kesembuhan itu datangnya daripada ALLAH?? Dan pernah tak kita terfikir kenapa pesakit yang kita jaga tu tak pernah sembuh?? Jagalah hubungan kita dengan ALLAH,,nescaya ALLAH akan menjaga kita insyaALLAH....


      Bagi pendapat saya, salah satu punca mengapa banyak kejadian yang menyebabkan jururawat digoda atau diraba semasa bertugas adalah berpunca daripada pakaian mereka yang menarik perhatian kaum lelaki. Bukan nak salahkan mereka, tetapi ada je jururawat yang 'sengaja' mengetatkan pakaian mereka. Nak nampak slim konon!! Ya!! Tapi inilah realitinya.. Namun bukanlah semua jururawat yang mempunyai sikap sebegitu. Kadang-kadang sedih bila saya melihat jururawat yang bertudung labuh tetapi terpaksa membuka aurat semasa waktu bekerja. Pernah tak kita fikir apakah perasaan mereka, apakah perasaan suami atau keluarga mereka? Sudah semestinya tidak kan!!!

        Selain itu, dengan berpakaian yang tidak menutup aurat juga boleh menimbulkan banyak fitnah terhadap kaum wanita. Ini juga menjadi masalah keretakan rumah tangga apabila ada pihak yang suka menjadi bahan tokok tambah. Oleh itu, jika kita renungkan kembali, semua masalah ini timbul berpunca daripada diri kita sendiri. Kita yang tidak menjaga diri.. Kita yang tidak ingin berubah...Kita yang tidak ingin CUBA untuk berubah... Fikirkanlah sahabat sekalian... Jadi 'nurse' ni senang sangat nak dapat PAHALA dan senang sangat nak dapat DOSA.. Dimanakah kita sebenarnya?? Jadi fikir-fikirkanlah...wallahu'alam... :)


p/s: Dan saya sangat kagum dengan hospital-hospital yang boleh menepati syariat Islam dari segi berpakaian. Diharapkan mereka boleh dijadikan contoh kepada hospital-hospital lain yang belum menepati syariat Islam.





Sunday, 18 May 2014

10 alat teknologi terbaru dalam bidang perubatan



1. Electric Underwear

"Electric underwear" atau seluar dalam elektrik boleh menyelamatkan banyak nyawa pesakit terutamanya untuk pesakit yang sudah lama terbaring di katil samada beberapa hari,berminggu mahupun berbulan-bulan yang boleh menyebabkan terjadinya 'bed sore' atau kudis tekanan akibat kurang pengaliran darah di kawasan yang tertekan. Kudis tekanan boleh membawa maut jika masalah ini semakin merebak. "Electric Underwear" yang dihasilkan oleh pengkaji Canada, Sean Dukelow merupakan seluar dalam yang dilengkapi dengan Smart E-Pants yang menghantar cas elektrik yang kecil setiap 10 minit. Kaedah ini sama dengan kesan jika pesakit melakukan pergerakan sendiri. Ia akan mengaktifkan otot-otot dan meningkatkan pengaliran darah dengan baik di kawasan yang terkena tekanan.


2. MP3 Stethoscope

Pertama kali mendengar bunyi degupan jantung bayi merupakan saat yang paling manis buat pasangan suami isteri yang bakal menimang cahaya mata. Robert Maikut Design telah mencipta satu alat baru iaitu "MP3 Stethoscope" yang boleh merakam serta mendengar bunyi degupan jantung bayi. Apa yang unik mengenai alat ini adalah ia merupakan gabungan antara alat MP3 dan juga stethoscope yang boleh memainkan bunyi degupan jantung bayi di headphone serta graf jantung juga akan muncul di skrin. Para ibu boleh merekod bunyi serta graf jantung bayi dengan menekan butang dan menghantar graf tadi kepada doktor untuk direkodkan dan dibandingkan dengan data sebelumnya.

3. AcuVein

"AcuVein" merupakan satu alat yang menggunakan sinaran cahaya yang akan dipancarkan ke kawasan lengan pesakit. Ia akan menampakkan 'peripheral veins' pesakit dan memudahkan para doktor dan jururawat untuk mencari vein untuk mengambil darah atau 'venipuncture'. Implementasi Sistem AcuVein ini diasaskan oleh Willis-Knighton yang ingin membantu jagarawatan pesakit dengan berkesan dan selesa. Alat ini dicipta untuk memastikan pesakit yang mengalami banyak masalah seperti mempunyai salur darah yang kecil, dehidrasi, obesiti, atau suhu badan yang rendah senang untuk dicucuk dan akan menerima venipuncture yang cepat tanpa gangguan.


4. T-Shirt Penawar Stress

T-shirt bukan sahaja menjadi "trend" atau fesyen serta sekadar melindungi badan seseorang, tetapi dengan penciptaan teknologi terbaru, T-shirt dapat mengesan keadaan seseorang jika mengalami stress. T-shirt 2 lapisan ini mengandungi 'houses bio sensors' di bahagian dalam baju dan bertindak sebagai penyerap stress dan menghantar signal kepada LEDs yang disambungkan kepada baju ini. Semakin tinggi tahap stress, semakin cepat LEDs berkelip.



5.  "The Cefaly Headband" boleh menghilangkan sakit kepala & migraine

Jika anda mempunyai masalah sakit kepala yang kerap, pengambilan ubat tahan sakit dengan kerap juga tidak elok untuk kesihatan badan anda. Selain badan menjadi 'immune' terhadap pil, ubat juga mempunyai banyak kesan negatif terhadap pesakit. The Cephaly Headband merupakan satu alat yang mempunyai 'micro-impulse' untuk merangsang 'trigeminal nerve endings' yang merupakan tempat bermulanya sakit kepala. Anda perlu membersihkan dahi kemudian meletakkan elektrod di kepala. Anda boleh mengubah sendiri tahap kekuatan mengikut kesesuaian. Anda akan merasa perubahannya selepas 20 minit sahaja.



6. Google X -Watchful EYE on Glucose Level

Pemantauan tahap gula dalam darah bagi pesakit DIABETES sangat menggerunkan kerana ia sangat menyakitkan dan jari perlu dicucuk setiap hari untuk dipantau. Google X merupakan satu alat terbaru yang dihasilkan pada 16th January 2014 bertujuan membantu pesakit untuk terus memantau tahap gula dalam darah dengan menggunakan alat yang tidak menyakitkan iaitu "Google Contact Lens". Kanta sentuh ini menggunakan satu cip kecil yang diproses dan 'glucose sensor' yang istimewa serta antena yang lebih nipis daripada sehelai rambut. Apabila kanta sentuh ini dipakai, sensor tersebut akan mengesan tahap gula dalam air mata si pemakai, mengambil bacaan sekali setiap saat kemudian menghantar bacaan kepada 'external device'. Oleh itu, alat ini boleh mengurangkan kesakitan pesakit dan mengurangkan bilangan cucuk yang kerap.



7.  Kenguru- First Electric Automobile

"Kenguru" merupakan kereta elektrik pertama yang dihasilkan khas untuk golongan yang menggunakan kerusi roda. Ia merupakan reka bentuk yang khusus diciptakan kepada golongan berkerusi roda yang ingin berdikari tanpa bantuan sesiapa. Kenguru akan dipandu terus daripada kerusi roda melalui 'rear-opening tailgate' dan akan automatik dikunci. Stereng dicipta sama seperti gaya motosikal dan pemandu boleh mengawal sendiri dengan mudah. Kereta ini dicipta dengan saiz yang kecil supaya pemandu senang untuk memakir kereta. Kenguru tidak akan bergerak sehingga kerusi roda dikunci dengan betul dan pintu ditutup sepenuhnya.




8. PreVue

Cuba bayangkan jika anda boleh melihat bayi yang sedang membesar di dalam perut sepanjang 9 bulan mengandung. Bunyinya sedikit kelakar dan mungkin sesetengah orang menganggapnya pelik. Melody Shiue daripada University of New South Wales cuba membawa mimpi anda menjadi kenyataan dengan penciptaan alat terbarunya iaitu PreVue. Ia merupakan alat 'e-textile' yang menggunakan teknologi paparan 'stretchable' moden untuk melihat bahagian abdomen. Tujuan alat ini diciptakan adalah untuk memberi peluang kepada keluarga, kawan-kawan dan pasangan untuk melihat keadaan bayi semasa berada dalam kandungan samada bayi sedang bergerak, tidur, menguap atau senyum. Biasanya pasangan hanya dapat melihat bayi mereka dua kali sahaja semasa "scan" sebelum melahirkan. Jadi melalui penciptaan PreVue, ibu boleh melihat anak mereka bila-bila masa sahaja. Alat ini juga boleh melihat cara bayi memberi rangsangan terhadap rangsangan luaran seperti suara atau musik. 



9. Mandometer MEMARAHI anda supaya makan lebih perlahan

Makan secara perlahan sangat digalakkan untuk membantu sistem pencernaan yang baik. Namun bukan semua orang yang mengamalkannya, sebaliknya tabiat makan yang gelojoh serta cepat lebih ramai jika kita lihat pada hari ini. Andakah anda juga tergolong dalam kumpulan ini? Tabiat seseorang sangat sukar untuk diubah terutama jika seseorang itu melakukannya setiap hari. Oleh itu, satu alat yang dinamakan Mandometer telah diciptakan bagi membantu anda mengatasi masalah ini. Alat ini merupakan suatu alat yang boleh mengingati anda dengan memarahi anda supaya makan lebih perlahan. Di bawah pinggan anda akan diletakkan skala yang akan mengesan apabila berkurangnya berat dalam pinggan tersebut. Jika terlalu cepat berat tersebut berkurang, alat ini akan menjerit atau memarahi anda supaya makan secara perlahan. Jadi anda akan sentiasa ingat untuk makan dengan lebih perlahan.


10. Neonatal Transport Baby Incubator

Kadar kematian bayi sangat tinggi bagi bayi yang berada dalam inkubator jika prosedur memindahkan bayi daripada satu tempat ke satu tempat yang lain dilakukan bertujuan untuk mendapatkan bantuan perubatan yang lebih baik. Scientist daripada Colorado State University telah menghasilkan satu alat penyerapan renjatan yang boleh dipikul di bahagian belakang iaitu 'Neonatal Transport Incubator" bertujuan untuk mengurangkan kadar kematian bayi dengan cara membawa atau mendukung bayi yang kritikal sebelum mendapatkan bantuan kemudahan perubatan. Alat ini dilengkapi dengan sistem pemanasan elektrik yang lengkap, oxygen yang cukup, suhu, 'monitoring alarm' dan pengawal udara yang baik. Oleh itu, masalah kematian bayi dapat dikurangkan dengan wujudnya alat ini.

Haiyya bi taaruf

Ahlan Wasahlan Ya Sodiqoti :)


 "UKM ممرضة "


Nama: Ilham Syuhana bt Mohd Nain



No.Matrik: A 138301

Fakulti: Perubatan

Tahun Pengajian: 3

Semester: 2 (2013/2014)



Jurusan: Ijazah Sarjanamuda Kejururawatan UKM.



Email: hanaukm247@gmail.com