Pakaian Jururawat di Malaysia
Bismillahirrahmanirrahim.....................
Isu pakaian jururawat di negara kita bukanlah sesuatu yang baru. Namun perkara ni tetap tiada jalan penyelesaiannya. Bukanlah mahu menyalahkan sesetengah pihak, tetapi perkara ini boleh dibawa berbincang dengan cara yang baik jika semua pihak memang mahukan perubahan.Mahukan pakaian yang mematuhi syariat Islam. Sedih bila kita melihat cara berpakaian kaum wanita di Malaysia ni. Sebagai negara Islam kenapa kita perlu mengikut cara barat? Bukan sahaja pakaian jururawat, malah boleh dikatakan hampir semua unit beruniform meletakkan syarat cara berpakaian seragam mestilah memasukkan tudung ke dalam baju, ada sesetengah berlengan pendek, baju singkat serta baju mengikut bentuk badan. Kenapa mesti Malaysia? Sedangkan negara Islam lain boleh menutup aurat dengan sempurna. Saudi Arabia contohnya... Kebanyakan polis dan jururawat di sana dibenarkan menutup aurat dengan sempurna.
|
Pakaian Polis Muslimah di Saudi Arabia |
|
Pakaian Jururawat Muslimah yang menutup aurat
Persoalannya adalah mengapakah di sana boleh bertutup lingkup?? Mengapa di sana boleh berpurdah?? Tetapi di sini banyak sangat alasan yang diberikan.. banyak sangat prosedur yang perlu diikuti.. Matlamat tidak menghalalkan cara OK.. Allahuakbar...
Yang menjadi hairan lagi adalah mengapa isu berlengan pendek yang kononnya menjadi salah satu punca jangkitan kuman ini tidak selaras di seluruh negara? Mengapa ada sesetengah hospital boleh berlengan panjang atau dibenarkan memakai stokin tangan, dan kenapa masih ada hospital yang berlengan pendek? Di manakah isu jangkitan kuman pada hospital yang membenarkan pakaian berlengan panjang?
Sebenarnya bagi saya benda ini langsung tidak menjadi masalah selagi jururawat tersebut pandai menjaga kebersihan diri. Mungkin sesetengah prosedur memerlukan tahap steril yang tinggi, contohnya untuk melakukan dressing atau cucian luka serta prosedur yang boleh membawa jangkitan kuman kepada pesakit, alasan ini boleh diterima dan keadaan mengharuskan kita membuka lengan hingga ke siku. Tetapi selepas prosedur selesai, jika memakai lengan panjang, sekurang-kurangnya kami boleh menutup semula aurat yang terdedah jika dibandingkan jika memakai lengan pendek yang memang akan terbuka untuk menambahkan dosa.
Ada juga saya membaca satu artikel mengenai kebenaran kepada jururawat yang bekerja di bilik bedah untuk menutup aurat dengan sempurna. Dan apa yang terharunya perkara ini berlaku di salah satu hospital di United State (US). Ya,, negara bukan Islam pon boleh mengkaji tentang perkara ini, tetapi kenapa bukan negara Islam. Menurut kajian mereka, tahap jangkitan kuman yang disebabkan oleh jururawat yang berlengan panjang cumalah sedikit dan belum pernah wujud kes-kes kematian di dewan bedah disebabkan oleh pakaian doktor mahupun jururawat. Sebab itulah mereka membenarkan jururawat Islam di sana menutup aurat dengan sempurna.
Pada pendapat saya, isu jangkitan kuman ini tidak boleh dijadikan alasan utama sebagai syarat untuk membuka aurat. Sebagai seorang muslim, di manakah hak kita kepada ALLAH?? Nak jaga pesakit supaya sembuh kononnya tetapi mengabaikan suruhan ALLAH. Pernah tak kita terfikir yang kesembuhan itu datangnya daripada ALLAH?? Dan pernah tak kita terfikir kenapa pesakit yang kita jaga tu tak pernah sembuh?? Jagalah hubungan kita dengan ALLAH,,nescaya ALLAH akan menjaga kita insyaALLAH....
Bagi pendapat saya, salah satu punca mengapa banyak kejadian yang menyebabkan jururawat digoda atau diraba semasa bertugas adalah berpunca daripada pakaian mereka yang menarik perhatian kaum lelaki. Bukan nak salahkan mereka, tetapi ada je jururawat yang 'sengaja' mengetatkan pakaian mereka. Nak nampak slim konon!! Ya!! Tapi inilah realitinya.. Namun bukanlah semua jururawat yang mempunyai sikap sebegitu. Kadang-kadang sedih bila saya melihat jururawat yang bertudung labuh tetapi terpaksa membuka aurat semasa waktu bekerja. Pernah tak kita fikir apakah perasaan mereka, apakah perasaan suami atau keluarga mereka? Sudah semestinya tidak kan!!!
Selain itu, dengan berpakaian yang tidak menutup aurat juga boleh menimbulkan banyak fitnah terhadap kaum wanita. Ini juga menjadi masalah keretakan rumah tangga apabila ada pihak yang suka menjadi bahan tokok tambah. Oleh itu, jika kita renungkan kembali, semua masalah ini timbul berpunca daripada diri kita sendiri. Kita yang tidak menjaga diri.. Kita yang tidak ingin berubah...Kita yang tidak ingin CUBA untuk berubah... Fikirkanlah sahabat sekalian... Jadi 'nurse' ni senang sangat nak dapat PAHALA dan senang sangat nak dapat DOSA.. Dimanakah kita sebenarnya?? Jadi fikir-fikirkanlah...wallahu'alam... :)
p/s: Dan saya sangat kagum dengan hospital-hospital yang boleh menepati syariat Islam dari segi berpakaian. Diharapkan mereka boleh dijadikan contoh kepada hospital-hospital lain yang belum menepati syariat Islam.
|
Assalamualaikum ana,
ReplyDeleteGarenye ana weiiiii~! haha Best topik ni, tak heavy tapi padat, insyaAllah. Tu la, pakaian nurses bukan sahaja mempengaruhi hubungan kita dengan Allah, malah mendedahkan diri kita pada maksiat, terutama baju yang berbutang... kalau tercabut butang tu tanpa sedar, malu yang teramat sangat.
Thanks Ana, for wonderful sharing.kih3x.
Nur Fatin Binti Ramli A138012
saya sangat bersetuju dengan topik ini kerana negara kita Malaysia masih lagi tiada perubahan dari segi pemakaian untuk para jururawat. bagi saya, lebih longgar atau pun yang menutup aurat lebih selesa dan lebih yakin. saya berharap negara kita melakukan perubahan sedikit demi sedikit. sekian.
ReplyDeletewell done ana, :)
ReplyDeletetopik yang sangat bagus untuk dibincangkan.. saya sangat bersetuju bahawa tidak menjadi halangan untuk seorang jururawat tersebut memakai uniform berlengan panjang, selain itu, biarlah potngan baju sedikit loggar dan tidak menampakkan bentuk badan.. Niat menjadi jururawat adalah untuk menolong pesakit.. mengumpul amal untuk menjadi bekalan di akhirat kelak, tapi sedihnya apabila baju yang dipakai mengundang maksiat..
semoga suatu hari nanti, kita boleh bersuara untuk membuka mata dan pandangan pihak tertentu untuk menukar kod pakaian jururawat..amin
Siti Sara binti Kuseri A138060
assalamualaikum ..... topik yang hangat diperkatakan bagi yang ingin menjadi dirinye bermanfaat pada orang lain, yang menjaga auratnya dgn baik tapi etika berpakaian atau dress code tidak mengikut syarak....
ReplyDeleteetika berpakaian ini bagi saya bergantung kepada hospital itu sendiri.selain itu ia juga bergantung kepada pihak atasan dalam mengetengahkan isu orang bawah kepada pihak yang lebih atas dan sebagai orang bawah kita juga perlu berjuang dan come out dengan pelbagai research yang menyatakan peratus yang kecil jika berlaku infeksi.orang bawah seperti nurse boleh dan bebas memberikan pendapat dan bukan hanya perlu cakap slow2 dan cakap belakang tanpa ada sebarang tindakan dari diri orang bawah itu sendiri..
kita tidak boleh menyalahkan orang atas semata2 atau pihak hospital itu sendiri sedang kan kita yang dibawah hanya berdiam , tidak ada sebarang tindakan...
mungkin pihak atasan tidak sedar akan isu ini sebab tidak kedengaran apa2 isu berkaitan dengan isu ini...mungkin....jadinya kita as nurse to be harus gerakkan apa yang sepatutnya kita pertahankan..jika ingin pertahan kan maruah apabila pesakit meraba atau menggangu..ini juga boleh dijadikan sebab mengapa kita perlu BERUBAH dan menggerakkannya mengikut syariat.
Islam ini mudah.jangan kita jadikan ia terlalu rumit. AYUH KAWAN2....KITA BERJUANG UNTUK INI DAN SAMA2 KITA SEDAYA UPAYA MENJAGA AURAT , MARUAH KITA SERTA HUBUNGAN KITA DENGAN ALLAH.SELAGI KITA TIDAK BERTINDAK, IANYA TIDAK AKAN SELESAI ATAU BERUBAH.
p/s: ana....tolong gerakkan isu ini ke pihak atasan...hihihihi... sama2 kita berdoa moga ada perubahan dimasa akan datang... bi"idznillah...amin....
MASINAWATI BINTI MOHAMMAD ZAINI
A137844
tajuk yang menarik dan sering diperkatakan oleh jururawat muslimah. namun masih tak ramai yang membela nasib jururawat.
ReplyDeleteHizra Fazlia Musa a138154
Saya setuju dengan pendapat masinawati. Bukan orang atasan yang harus disalahkan sepenuhnya. Isu aurat harus dijaga walaupun di tempat adalah satu keutamaan buat mereka yang faham agama,tapi buat mereka yang mungkin kurang faham,mereka tidak melihat ia sebagai satu keutamaan,
ReplyDeleteBuat bakal jururawat mahupun jururawat yang sedang membaca, semoga teruskan usaha jihad anda menyebarkan kefahaman islam bukan sekadar bab aurat sahaja tapi keseluruhannya, apabila sudah tersebar Islam,pasti tertegak sendiri Islam di tempat itu. . .
Alhamdulillah, saya melihat sebahagian muslimah masih berjuang dalam menegakkan isu pakaian jururawat ni.. secara general, dalam dunia ni tiada satu pun pakaian jururawat yang dikhaskan tapi standard atau design baju itu sendiri adalah berbeza-beza mengikut setiap negara dan institusi kesihatan&perubatan serta berubah mengikut masa dan keadaan. jd xde msalah klau kita nak ubah sesuatu atau mencuba sesuatu yang baru kalau xde bukti yg ia akan memudaratkan. Saya brani katakan, syariah islam sudah lama tersebar dlm institusi yg terlibat cuma persoalan skrg sejauh mne pihak2 yang terbabit dan terlibat mengambil cakna mengenai isu aurat ni.. seharusnya salah seorang drpd jururawat harus membuat satu kajian mmndang kan "Evidence Based Practice" akan menjadi fokus dalam sesuatu implemensi perkara baru di samping kesungguhan drpd pihak atasan dlm menyokong isu ini.. Sedih melihat pakaian jururawat yg msih brade di takuk lame seolah2 kite di malaysia ni mmg sudah ketinggalan walaupun jururawat dah ad kat malaysia ni lebih 2 abad yg lalu.. tu x ambil kira lagi, dgn design baju yang 'cekik' pinggang dan sendat seolah2 dah tgk mcm anak patung dh.. teletubies lawa lg sy tgk.. isu pemilihan warna pakaian juga turut mnjd isu kecil seperti sbhgian wanita kurang senang dgn warna2 putih manakala hampir kbykan lelaki tdk senang dengan pakaian warna pink dan peach, bnd ni patut dianalisis kembali oleh sumua pihak yg terbabit.. Mengikut kajian, warna seperti biru dan hijau serta warna antara kedua-dua ini dilihat lebih sesuai dan menenangkan. tapi berapa buah institusi di negara kita ini yg mengambil kira hasih kajian ini ? kte hrus mulakan drpd institut yg kecil dan setempat dahulu secara total sebelum kita mahu bawa bnde kpd satu peringkat yg lebih tinggi agar 'teras' yg kita nk bina tu mnjd lebih kukuh. Ingat kalau kte nak buat sesuatu perubahan atau nak buat sesuatu pun, pasti akan ada 'entiti' yg tdk bersetuju.. dan pasti akan ada yang berkata, " KAU CAKAP SAJA BOLEH LA, KERJA TAK BERGERAK PUN !!!" Wallahualam..
ReplyDeleteAs slaam Ana.. saya setuju.. sebagai Negara Islam kita tidak sepatutnya menghalang seseorang jururwat tersebut ingin menutup aurat. Bukan sahaja pakaian jururawat termasuk juga dengan pelajar jururawat itu sendiri. Dengan pelbagai fesyen pakaian jururawat seperti ada kipas di bahagian belakang pakaian, berlengan pendek atau suku. Dan pelbagai lagi. Tetapi saya sunggu berbangga sebab kebanyakan hospital di Malaysia sudah membenarkan para jururawta berlengan panjang cuma yang masih belum lagi adalah pakaian jururawat yang ketat atau 'disengajakan' ketat.
ReplyDeleteNOR HAZWANI BINTI MOHD MARZUKI A138650
salamun alaik, nice wirting, mudah kaedah nye jika kita ade dlm bi`ah solehah.. payah utk kite buatkn mereka2 d ats dgr / sedar ttg perkara ni jika tunjang institusi tu bukan dari klngn yg wajib mnutup aurat.. payah x bermakna kita harus stop dr utarakan nya..
ReplyDeletesama2 put effort utk naik ke dlm Mx profession nie,, n ubah perkara asas supaya pahala yg dpt berganda dan kurang d sulami perkara yg mengurangkn nye..
:: utk mengubah --> perlu masuk ke dlm kelompok yg pegang "kunci" perubahan tu ::
insyAllah istiqamah berterusan n berdoa lg bnyk institusi2 boleh tiru pusat perubatan islam yg lebih baik polisi nye...
Ramai jururawat yang mengatakan mereka lebih selesa untuk berlengan pendek apabila melakukan kerja. Tidak salah untuk meyinsing lengan baju apabila sedang bekerja. Tetapi, tutuplah aurat kembali apabila telah selesai shif kerja =)
ReplyDeleteApa-apa pun bergantung kepada kesedaran seseorang itu tentang aurat yang perlu mereka pelihara. Ada juga yang sendiri memilih untuk memakai baju yang cukup-ccukup saiz badan. Sepatutnya uniform jururawat haruslah longgar sedikit barulah menepati syarat menutup aurat yang betul.
Norfa Fatihah Binti Mohd Fauzi A138334
Salam semua. Saya nak minta izin untuk membuat satu pengumuman di sini. Minta bantuan sahabat semua untuk memanjangkan pengumuman ini kepada yang lain. Terima kasih.
ReplyDeleteSeveral Healthcare Opportunities in the Holy Capital of Makkah
King Abdullah Medical City, Makkah, Saudi Arabia
KAMC is a JCIA recognised healthcare provider and is located in Makkah , Kingdom of Saudi Arabia. KAMC occupies an area of around 700000 square meters in the Holy capital of Saudi Arabia.
King Abdullah Medical City is considered one of the largest health care facilities in the region and contains state of the art modern facilities with the following hospitals:
Pediatric Hospital: 94 beds capacity
Oncology Hospital: 136 beds capacity
Specialist Hospital : 500 beds capacity
Rehabilitation Hospital: 50 beds capacity
Will grow to 1500 bed hospital in the next 5 years.
KAMC has an excellent housing complex with recreation facilities for its employees. International employees are housed in villas, apartments and housing units.
We currently need Muslim Malaysian Drs, Nurses & Technicians.
Excellent packages depending on experience and qualifications.
Interested candidates may email their CVs to info@bln-wm.com
Bagaimana saya nak mencari seorang kawan yang bekerja sebagai jururawat di riyadh?
ReplyDeleteBagaimana saya nak mencari seorang kawan yang bekerja sebagai jururawat di riyadh?
ReplyDeleteSemoga Allah membuka hati para jururawat islam untuk berhijrah memakai pakaian mengikut peraturan Allah.....disamping menjaga hubungan ibadah dengan Allah.
ReplyDelete